WEB BLOG
this site the web

TEMPAT AKU MENCARI MAKAN

Ini tempat aku bekerja sejak lebih 13 tahun yang lalu. Walaupun gaji tidaklah setinggi mana namun aku bersyukur kerana ada pekerjaan berbanding dengan ramai graduan2 yang masih menganggur. Kadang2 terfikir juga, apalah gunanya belajar tinggi kalau tiada jaminan pekerjaan. Aku juga hairan kenapa graduan2 ini kurang fasih berbahasa Inggeris mengakibatkan mereka kurang laku dalam sesebuah syarikat. Seperti aku, walau hanya lulusan SPM dan memang amat lemah dalam pelajaran Inggeris dan keputusan pun setakat lulus sahaja. Namun bila keluar bekerja aku terpaksa belajar sendiri kerana majikan yang aku bekerja dulu dari luar negara iaitu dari Taiwan dan Korea dan tentulah mereka tak pandai cakap bahasa melayu so lintang pukang lah bahasa bila berkomunikasi. Atas keinginan untuk belajar maka hari ini walau tidak sefasih mana namun sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dengan Engineer2 yang bukan berasal dari Malaysia. Oleh itu apalah salahnya kalau graduan2 kita hari ini cuba belajar betul2 dalam bahasa inggeris.

0 comments:

Post a Comment

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies